Blog Moving Out

I just set up a new place for this Ekonomi STPM Kertas 1 blog at this URL, http://mikroekonomistpm.wordpress.com. It would be easy for me to maintain all my education related blogs in one place, so it would be the permanent move. But I won’t delete this blog soon. I will just leave it as it is, no updates. If you happened to be the regular visitors, please join me at the new url mentioned above.

STPM : Kisah Faktor Kejayaan Pelajar Biasa yang Luar Biasa

Berkat desakan keluarga

KOTA KINABALU 11 Mac – Desakan keluarga supaya mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) meskipun pada mulanya berhasrat menyambung pelajaran di kolej atau bekerja, membawa hikmah kepada Jennefer Walin, 20.

Anak seorang pembuat roti ini berkata, dia tidak menyangka mendapat keputusan cemerlang 4A 1B dalam peperiksaan STPM yang diumumkan hari ini.

Jennefer yang memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif 3.84 mata, merupakan satu-satunya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Peter Mojuntin, Penampang, Kota Kinabalu yang memperolehi keputusan itu.

Beliau memperolehi A dalam subjek Sejarah, Sastera, Pengajian Am dan Seni Visual serta B dalam subjek Bahasa Malaysia.

Anak sulung daripada dua beradik ini berkata, formula kejayaannya ialah menumpukan sepenuh perhatian semasa belajar, menyiapkan semua kerja rumah dan kurangkan masa menonton televisyen.

“Apa yang penting sekali ialah tumpuan kepada guru semasa belajar dan semua kerja rumah disiapkan sepenuhnya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau yang berketurunan Dusun berasal dari Kampung Hubah berkata, cita-citanya untuk menjadi seorang guru dan akan memohon melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam bidang sastera.

[sumber : utusan online - 11/03/08]

Kesusahan jadi inspirasi Chiu Huay

MACHANG 11 Mac – Anak seorang penoreh getah di Kampung Belukar Panjang di sini, Kua Chiu Huay diumumkan sebagai pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi negeri Kelantan.

Bagi Chiu Huay, 19, (gambar) kemiskinan keluarganya tidak menghalangnya daripada belajar dengan gigih untuk mencapai kecemerlangan, sebaliknya ia menjadi pendorong kuat.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamzah di sini, yang memperoleh Lima Prinsipal A itu memberikan tumpuan penuh sepanjang tempoh pembelajaran dalam bilik darjah.

“Apabila tidak faham saya terus bertanya kepada guru dan akan mengulang kaji setiap pelajaran di rumah pada sebelah malam dengan menggunakan kaedah menulis nota ringkas,” katanya.

Sementara itu, ayahnya, Kua Bon Seng, 48, berkata, anaknya amat gigih mengulang kaji pelajaran walaupun pada masa sama, terpaksa juga menolongnya menoreh terutamanya pada waktu cuti sekolah.

Mereka berdua ditemui pada majlis pengumuman keputusan STPM 2007 di SMK Hamzah di sini yang diisytiharkan oleh Pengarah Pelajaran negeri, Ismail Md. Noor.

Seorang lagi pelajar cemerlang STPM, Noradilah Othman dari SMK Putra, Kota Bharu berkongsi kejayaannya dengan selalu mengadakan perbincangan berkumpulan setiap hari selepas waktu persekolahan.

“Saya kebiasaannya bersama dengan rakan lain akan berada di sekolah sehingga waktu petang untuk mengadakan perbincangan dan kadang-kadang ada juga guru dan pengetua yang bersama dengan kami.

“Pada sebelah malam pula, saya akan memperuntukkan waktu sehingga tiga jam untuk mengulang kaji pelajaran,” kata anak kepada Penyelia syarikat Air Kelantan cawangan Kubang Kerian.

Bagi seorang lagi pelajar cemerlang, Mohd. Saiful Faizal Mohd. Zin, selain mengulang kaji pelajaran, dia sering diingatkan oleh kedua ibu bapanya agar menghormati dan menghargai para guru yang gigih mendidik.

“Saya selalu ingat pesan mereka, walau setekun mana kita belajar tetapi sekiranya tidak mendapat restu daripada guru, maka ilmu yang diperoleh itu tidak membawa keberkatan,” katanya.

[sumber : utusan online - 11/03/08]

STPM : Calon lulus naik 91.62%

KUALA LUMPUR 11 Mac – Sebanyak 56,896 atau 91.62 peratus calon lulus penuh sekurang- kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2007 berbanding 63,149 atau 90.87 peratus pada 2006.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Profesor Datuk Dzulkifli Abdul Razak berkata, keputusan tersebut menunjukkan prestasi pelajar yang mengambil peperiksaan itu meningkat sebanyak 0.75 peratus.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 3,687 atau 5.94 peratus dan 23,101 atau 37.20 peratus calon lulus penuh masing-masing dalam lima dan empat mata pelajaran yang diambil.

Bagaimanapun, hanya 25 calon mendapat gred A dalam lima mata pelajaran berbanding 34 orang pada 2006.

Seramai 66,047 calon menduduki peperiksaan itu dan sebanyak 23 mata pelajaran yang terdiri daripada 56 kertas soalan telah ditawarkan pada peperiksaan STPM 2007.

“Sementara itu, jurang antara prestasi calon bandar dan luar bandar masih ketara. Di bandar, calon aliran Sains dan Sastera lebih baik daripada di luar bandar,” kata Dzulkifli ketika mengumumkan keputusan prestasi STPM dan penyampaian anugerah pelajar cemerlang di sini hari ini.

Seramai 16 pelajar termasuk tiga calon kategori istimewa yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu menerima anugerah daripada MPM pada majlis itu.

Calon di kawasan bandar yang mendapat 5A, 4A dan 3A mencatatkan kadar 13.71 peratus berbanding calon di luar bandar iaitu 4.62 peratus.

Dzulkifli berkata, bilangan calon yang menjawab soalan dalam bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik pula mencatatkan peningkatan daripada 85.6 peratus pada 2006 kepada 91.9 peratus tahun lalu.

“Penggunaan bahasa Inggeris dalam dua mata pelajaran tersebut didapati tidak menjejaskan calon dalam peperiksaan STPM kali ini,” katanya.

Beliau berkata, MPM berpuas hati dengan keputusan keseluruhan peperiksaan tahun lalu kerana ia tidak banyak perbezaan dengan keputusan STPM yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, katanya, MPM akan memberi lebih penekanan kepada jurang yang wujud antara pelajar di bandar dan luar bandar pada masa depan.

Sumber berita : Utusan online-11/03/08

Prestasi Ekonomi STPM 2007 anak murid

Keputusan dah keluar secara rasminya hari ini. Cikgu tak dapat ke sekolah, tapi dapat juga selepas pukul 3:0 ptg meninjau keputusan pelajar melalui lamanweb MPM. Dari analisis pantas cikgu, bolehlah dikongsi seperti berikut:

KOD SUBJEK B- C+ C C- D+ D F Grand Total
944 Ekonomi 3 2 1 2 6 3 6 23

Gred tertinggi dapat dicapai ialah B-, suatu perkara yang pasti menceriakan pelajar berkenaan. Tetapi 6 orang gagal, benar-benar merugikan. 75% dalam senarai lulus tetapi hanya 6 yang lulus penuh, melebih gred 2.00. Tak apalah, dah qada mereka.

Selain dari itu, cikgu juga mendapati ada dikalangan pelajar cikgu terkena penangan masalah ’selalu belajar lewat malam’.  Memang benar ada juga pelajar yang tetap cemerlang. Tetapi itu bergantung kepada tahap kesihatan, faktor cukup vitamin, faktor tidur berganti, dan IQ pelajar itu sendiri. Ianya tetap berisiko kepada pelajar averaga.

Berdasarkan laporan yang cikgu terima sebelum STPM lagi ada sesetengah pelajar yang suka belajar lewat malam tanpa mengambilkira faktor ‘cukup tidur’ yang tersangat penting dalam menjaga kecerdasan minda/otak pelajar. Berbanding individu yang bekerja yang hanya menumpukan kepada faktor tenaga fizikal, maka faktor kurang tidur tidak menjadi keutamaan kerana dengan pemakanan kabohidrat yang tinggi mampu meningkatkan tenaga individu berkenaan. Tetapi dalam pembelajaran, faktor utama ialah otak cerdas. Otak cerdas yang efisien memerlukan tidur optimum, antara 7-9 jam. Tanpa rehat yang cukup, individu pelajar terpaksa belajar lagi lama, berulang-ulang utk topik yang sepatutnya mudah, dan sebagainya.

Cikgu pernah menasihatkan perkara ini berulang-ulang tetapi jelas melalui prestasi pelajar ‘kategori bijak’ di dapati ada beberapa orang yang terkena penangan itu, suatu risiko yang telah cikgu jelaskan awal-awal lagi. No POINT, kalau rajin belajar tetapi tidak bijak menjaga masa tidur dan masa belajar, pelajar juga yang akan merasainya.

Apa-apapun kepada pelajar STPM 2008, dengarlah nasihat sifu di sini, pastikan ulangkaji dibuat dengan bijak dan faktor tidur mesti diberi perhatian serius, jika tidak, dalam masa peperiksaan dikhuatiri kebijaksanaan yang diharapkan akan hanya menjadi kedangkalan pemikiran.

Kepada calon STPM 2007 yang dah dapat keputusan, jangan risau sangat, di malaysia ini dah ada banyak IPTA/S, tetap ada tempat menjadi graduan, tinggal lagi adakah anda akan dapat tawaran bagi program yang anda benar-benar minati dan adakah ia universiti yang anda benar-benar idamkan. Tahniah kepada yang berjaya.

Keputusan STPM pada 11 Mac 2008

Keputusan STPM akan diumumkan awal sehari berbanding keputusan SPM. Kebiasaannya STPM hanya akan menyusul beberapa hari selepas SPM diumumkan, maka pengumuman kelmarin suatu yang mengejutkan. Petang khamis semalam, sifu baru sahaja selesai menghadiri taklimat persediaan penyerahan keputusan SPM yang akan dilangsungkan pada hari rabu minggu hadapan. Agenda kami tidak langsung menyebut STPM, mungkin kerana tiada pengumuman susulan, maka kami mengandaikan ia hanya akan diumumkan pada minggu berikutnya. Tetapi tak apa, sebagai kakitangan yang berpengalaman, perkara sebegini suatu perkara mudah kepada guru-guru. Apa yang perlu sifu buat ialah turut hadir pada tarikh 11 Mac itu, dan jika diperlukan akan menyumbang tenaga membuat persiapan.

Pelajar-pelajar bolehlah mengetahui keputusan mereka melalui perkhidmatan SMS yang disediakan.

Semak melalui SMS : taip STPM><No. K/P dan hantar ke 39003
On-Line : www.mpm.edu.my
mulai jam 12:00 tengah hari, 11 Mac 2008

Selamat berjaya kepada anak-anak murid kami.

SELAMAT TAHUN BAHARU CINA

Sifu mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kenalan sifu, baik secara individu mahupun melalui blog ini. Kepada semua pengunjung blog berketurunan Cina terutamanya, Gong Xi Fa Cai.

Kepada bekas pelajar (SPM2007 dan tahun sebelumnya) sifu seperti Chin Mui Shing, Chong Chau Shung, Tan Kar Yuan, Goh Chew Ping dan beberapa orang lain yang sifu dah lupa namanya, ucapan ini juga ditujukan buat anda semua. Juga pelajar sekarang seperti Fung Chit Siung, Wei Kee, dan lain-lain.

Mukasurat Bab 4 : Teori Permintaan Dan Pelakuan Pengguna

Cikgu dah mulakan koleksi mukasurat untuk bab 4 ini di sini.

Sebarang pertanyaan berkaitan bab 4 ini boleh dipos di mukasurat berkenaan.

Merry Christmas and a Happy New Year

I wish a happy Christmas Day tomorrow for all my friends, my colleagues and all visitors of this blog with Christians faith.

A very merry Christmas.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan kepada semua pelajar tingkatan enam dan pengunjung lain. Moga pengorbanan di tahun ini diberkati Allah SWT.

Artikel Menarik 01

Sila baca petikan akhbar ini, Utusan Malaysia, Jumaat 30/11/2007.

Untuk menstimulasi minda ekonomi anda, cuba jawab beberapa persoalan ini:

Dengan andaian ceteris paribus dan ciptaan terbaru itu dikomersilkan,

(i)     apakah kesannya kepada keluk kemungkinan pengeluaran pengeluaran barangan makanan dan barangan modal. (tips: rujuk bab 1)

(ii)    apa akan berlaku kepada harga dan kuantiti keseimbangan pasaran bagi barangan beras di Malaysia sedangkan permintaan adalah tidak berubah. (tips: rujuk bab 2-perubahan keseimbangan pasaran )